Wednesday, January 11, 2017

Rutin baru di tahun baru 2017

Salam Semua..

Liza rasa belum terlambat kot untuk Liza ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 kepada semua pembaca blog Liza ni. Semoga tahun ni memberi seribu kebahagian dan kejayaan buat kita semua.

Lama dah tak ber-update blog Liza nih. Liza tengok balik rupa-rupanya dah hampir setahun tak de entry baru. Dari sebelum bersalinkan Faheem, sekarang Faheem dah nak masuk 11 bulan. Hihi. Tapi InsyaAllah lepas ni Liza cuba untuk update dengan konsisten sebab memang Liza ni suka bercerita. Nak bercerita kat siapa lagi kalau dah 24 jam kat rumah, bercerita kat blog la.

Ok lah. Untuk entry pembuka tirai 2017 ni, Liza share story santai-santai je, rutin baru Liza sebagai seorang work-at-home-mom ni. Tahun ni, Aqil dah masuk 4 tahun, jadi Liza dan husband decide untuk start hantar dia ke sekolah. Bukan untuk pandai akedemik sangat pon. Alah, kalau untuk umur 4 tahun tu, mama boleh ajar lagi. Hehe. Tapi, lebih kepada nak ,mengajar dia untuk pandai berdikari, pandai bergaul, berkawan dan bersosial tanpa Mama dan Abi dia, Ye lah, kalau sebelum ni 24 jam asyik dengan mama je, bagi lah peluang dia berada di dunia luar pulak.



So.. bermula lah rutin baru Liza. Setiap pagi, setelkan Aqil nak pergi sekolah, hantar dia sekolah (kalau suami outstation), tengahari ambil dia dari sekolah, then malam setelkan keperluan sekolah dia. Hari ni dah masuk hari ke-4 dia sekolah, tapi mood Liza masih lagi ke laut. Serius, malam pertama dia sekolah tu, memang gloomy habis, Teresak-esak sebelah dia yang tengah lena tidur. dah besar anak mama.



Tapi, Liza anggap semua yang berlaku ada hikmahnya. Aqil masuk sekolah ni pon ada hikmahnya. Boleh la Liza mula menjadi morning-person. Kalau tak, lepas subuh asyik tarik selimut balik. Hehe. Hikmah lain, boleh lah Liza sambung berblogging ni ha, Sebab once dia dah start sekolah, dah pandai tidur awal dah. Jadi, malam atau pagi time dia pergi sekolah tu, ada la peluang untuk Liza menaip.

Akhir kata, semoga tahun 2017 ni akan mencipta lebih banyak kebaikan dan kenangan manis yang boleh kita banggakan pada akhir tahun nanti. InsyaAllah.

Opss! Tahun baru, biasanya perbelanjaan pon makin bertambah, Awal-awal tahun pon dah dapat hadiah New Year dari kerajaan - minyak naik! Jadi,, bagi sesiapa yang berminat nak buat side income (atau main income) boleh la contact Liza ye. Jangan bimbang sebab bisnes ni hampir tiada risiko. Tanpa modal pon, hanya perlukan orang yang POSITIF dan RAJIN je. Jika anda orang nya? Jom whatsapp Liza ye. Jangan tangguh-tangguh, kerana " FAST ACTION, FAST RESULT ".





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


No comments:

Post a Comment