Friday, October 16, 2015

5 tanda mudah untuk mengetahui bahawa anda sedang hamil!

Salam Semua..

Tajuk ada tanda seru(!) tu bukan sebab marah, tapi sebab teruja. Hihi. Mungkin ada dikalangan bakal-bakal ibu yang masih tak tahu nak detect yang diorang tengah pregnant, lagi-lagi buat mereka yang pertama kali nak bergelar ibu. Ada juga yang belum bersedia/ tak sempat nak buat UPT(urine pregnancy test) dan ada jugak yang dah buat tapi hasilnya (-ve). Sesetengah kes, UPT (-ve) padahal si ibu hamil sebab usia kandungan masih terlalu awal.

Jadi, kali ni Liza senaraikan beberapa tanda yang boleh membantu anda faham yang diri anda sedang hamil. Semua ni adalah perubahan yang berlaku kat diri Liza sendiri ye dan terbukti ianya memang mempunyai kaitan dengan proses kehamilan.
  1. Kerap meludah/buang air liur
  2. Kerap buang air kecil
  3. Badan terasa mudah penat dan malas. Jenis Liza pulak, kalau penat atau rasa tak selesa, memang Liza tidur je. Hihi
  4. Payudara membengkak dan sensitif. Rasa macam time bengkak susu dulu-dulu tu. Lagi la sekarang Liza masih lagi menyusukan Aqil, memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Hehe
  5. Rasa tak selesa pada bahagian perut. Berangin semacam sama cam time datang haid. Badan pun rasa panas suam-suam kuku macam nak demam.

Semua tanda-tanda kat atas ni berlaku tak lain tak bukan disebabkan perubahan hormon dalam badan kita akibat kehamilan. Oh ye.. Tanda-tanda ni semua Liza perasan lepas dah lewat datang haid dalam 2 minggu kot. Bila dah selalu sangat penat, berdiri lama pon tak kuat, rasa nak pitam, cuba la buat UPT. Gigih buat kali ni, time Aqil dulu tak sempat nak buat. Hehe

Selepas keputusan dah sah (+ve), bermula lah episod alahan dan simptom ibu mengandung yang sebenar. Sensitif dengan bau-bauan, tak boleh masak, tak de selera makan, tak lalu makan nasi, loya, muntah-muntah, penat melampau dan seangkatan dengan nya. Time ni rasanya Liza tidur 18 jam sehari kot, Aqil pun dah tak mampu nak dibelai-belai. Terpaksa balik kampung supaya ada yang jaga Aqil, kesian dia :(

Alhamdulillah, sekarang kandungan Liza dah masuk bulan-5, dah masuk trimester kedua dah pun. Punyalah berkurun baru update. Hihi. Alahan pun dah beransur-ansur hilang. Betul lah kata orang yang alahan anak kedua ketiga dah kurang berbanding dengan anak sulung.


Akhir kata, doakan Liza dan 'adik baby' sentiasa sihat dan selamat hingga ke akhirnya ye. Oh ye, pada sesiapa yang masih dalam usaha untuk mendapatkan cahaya mata, boleh pertimbangkan suplemen untuk kesuburan ni sebagai salah satu ikhtiar. Atau bagi mereka yang dalam fasa kehamilan macam Liza, boleh la risik-risik set ibu hamil ni untuk kebaikan dan kesihatan si ibu dan juga anak di dalam kandungan. InsyaAllah.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

1 comment:

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    ReplyDelete