Wednesday, November 19, 2014

Tips dan petua untuk sembuhkan luka bersalin dengan cepat

Salam Semua..

Hari ni Liza nak share beberapa tips untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin, tak kiralah samada bersalin secara normal ataupun secara pembedahan(czer). Tips ni Liza dapat daripada pengalaman sendiri, hasil perkongsian dengan para ibu gojes di luar sana serta daripada pembacaan. Semoga tips ni dapat membantu ibu-ibu terutamanya buat ibu yang pertama kali melalui proses bersalin.


Tips menyembuhkan luka bersalin dengan cepat
  1. Pastikan kawasan luka sentiasa bersih dan kering. Liza pernah dengar ada ibu yang keringkan luka czer mereka dengan hair dryer. Kalau bersalin normal, boleh tukar pad dengan lebih kerap. Tapi tak kisah la nak guna apa, asalkan kawasan luka tu tak berair, lembap atau basah kerana bimbang terkena jangkitan dan bernanah.
  2. Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Ini supaya kawasan luka tidak tertekan(bagi yang bersalin normal) dan memberi ruang pengudaraan. Bagi ibu bersalin czer pula, boleh melakukan pergerakan dan aktiviti ringan.
  3. Elakkan sembelit atau kurangkan tegangan ketika membuang air besar. Ini mengelakkan daripada jahitan terbuka semula bagi ibu yang bersalin normal.
  4. Mengambil makanan yang seimbang terutamanya protein, vitamin C serta serat agar dapat membantu proses penyembuhan luka berlaku dengan baik. Walaupun masih berpantang, ibu bersalin mesti mendapatkan zat yang mencukupi untuk kekal bertenaga dan cepat pulih.
Terdapat juga beberapa petua traditional yang masih diamalkan hingga sekarang dan berkesan bagi sesetengah orang. Anda yang ingin mencuba, sangat dialu-alukan selagi ia tidak memudaratkan.
  1. Rebus segenggam daun jambu batu muda hingga mendidih. Apabila air telah suam, boleh gunakan untuk membasuh luka dibahagian sulit 3 kali sehari sehingga luka sembuh.

2.  Rebus ikan haruan yang telah dicuci bersih bersama halia, lada hitam dan sedikit garam. Boleh dimakan bersama nasi putih atau dibuat sup.


3. Rebus gamat dengan air yang banyak sehingga mendidih. Kemudian, air rebusan yang telah suam boleh diminum atau disapukan di kawasan luka
4. Campurkan biji manjakani, akar kayu, halia dan air. Rebus sehingga mendidih dan minum ketika masih panas atau suam. Amalkan setiap hari.
5. Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain dari minum air rebusannya, ia juga boleh dijadikan ulam dan dimakan bersma nasi dan lada hitam.

Amacam? Ok tak setakat ni? Nampak agak rumit ye petua traditional ni. Jika anda tidak berkesempatan atau ada kenkangan lain untuk ikut petua traditional ni, boleh je ambil Zinc Complex dari Shaklee. Ia memang mempunyai fungsi yang hebat dalam menyembuhkan luka termasuk luka bersalin. Liza dah ada pengalaman jugak dengan Zinc Complex ni time Liza operate Breast Abscess hari tu. Memang puas hati.


Jika anda berminat untuk mendapatkan Zinc Complex atau apa-apa produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Liza ye. Konsultasi PERCUMA khas untuk customer Liza yang tersayang.






Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


No comments:

Post a Comment