Monday, November 10, 2014

Breast Abcess - cegah sebelum terkena

Salam semua..

Hari ni Liza nak kongsikan salah satu pengalaman 'kurang manis' yang berlaku dalam tempoh Liza berpantang hari tu. Dah lama dah nak share ni sebenarnya, asik tertangguh je. Ampun! Liza berkongsi ni sekadar nak bagi panduan kat orang lain pasal breast abscess, supaya kita dapat mencegah sebelum terkena. Liza sendiri pun tak pernah tahu apa kebendanya Breast Abscess ni, bila dah kena, ha..baru tahu. 

Hanya Allah yang tahu betapa beratnya hati nak tinggalkan si kecik ni.
Kisahnya bermula betul-betul selepas Liza habis pantang 44 hari. Liza diserang demam berpanjangan. Dah tak terkira berapa papan panadol yang Liza dah telan, tak kebah-kebah jugak. Punyalah takut nak pergi hospital/klinik, bimbang nanti warded, berpisah dengan baby. Hari ke-4 demam, timbul bintik-bintik merah di paha, betis dan tangan. Dah cuak kot-kot lah denggi, terpaksa la mengalah, pergi hospital juga. Lagipun, masa tu dah lemah sangat dah, habis sakit semua sendi, sampaikan nak riba Aqil untuk menyusu pun dah tak mampu. *tears*


Dan seperti yang dijangka, memang kena warderd sebab suhu tinggi, BP rendah, platlet rendah, dan yang paling doktor risau, Liza baru lepas bersalin, bimbang ada masalah yang serius. Jadi, masa Liza di ward tulah, doktor akan cari apa punca Liza demam. Tapi tak lama pun, malam tu jugak, doktor scan dan confirm Breast Abscess. Dari wad medical, terus pindah ke ward surgery dan start antibiotik untuk cairkan nanah. Bila dah cair, baru boleh proceed untuk operate.

Dipendekkan cerita, 07 Dec Liza admit, 10 Dec jadual untuk operate. Dengar macam seram je operate bagai kan, tapi dalam 4 cm je luka. Masa operate pun dalam 20 minit je. Hihi. Liza tak sedar apa-apa la sebab full bius (nasib baik!). Time operate tu memang tak mencabar, tapi cabarannya adalah selepas tu. Breast Abscess ni perlukan operation Incision & Drainage, means luka memang tak akan dijahit dan perlu dicuci setiap hari. Alhadulillah 5 hari pertama je ngeri, lepas- lepas tu ai rilex je. Hihi

Tangan habis menggelupas, kesan dari antibiotik kot
Cabaran kedua, berkecailah harapan nak fully breastfeed Muhammad Aqil. Time warded dah hampir seminggu tak menyusu, lepas operate doc nasihatkan tak menyusu lagi sebab Liza still ambil antibiotik, kot baby cirit-birit. Senang cerita, susu memang drop selepas konsep 'supply vs demand' fail. Dicampur pulak dengan faktor-faktor lain, jadinya memang bukan rezeki Liza untuk realisasikan impian setiap ibu tu.

Kesimpulan dari cerita Liza ni, Liza nak ingatkan kepada ibu-ibu dan bakal-bakal ibu (yang menyusu khusunya) supaya jangan ambil mudah jika anda jatuh sakit. Lagi-lagi kalau dalam keadaan (lepas pantang) macam Liza ni. Bukan diri sendiri je akan terkesan, tapi anak pun akan terkena tempiasnya sekali. Jika rasa tak sihat, cepat-cepat gi check tau. Mungkinlah kalau Liza cepat gi hospital, abscess tu tak perlu di operate, cukup sekadar makan antibiotik je macam kes kakak Liza. Tapi, apa-apa pun, Liza terima ketentuan ni dengan redha.


P/S: Jangan ambil mudah apabila terkena 'bengkak susu', kerana ia juga merupakan salah satu faktor terjadinya Breast Abscess!





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787


No comments:

Post a Comment