Wednesday, September 3, 2014

Tips melegakan bengkak susu

Salam Semua..

Liza rasa semua ibu menyimpan hasrat untuk menyusukan bayi masing-masing selama yang boleh, dan kalau mampu tak nak topup pun dengan susu formula. Walaupun ianya tak semudah yang disangka, tapi ia juga tidak mustahil kerana ramai juga ibu yang telah berjaya menyusukan bayi mereka dengan susu ibu secara eksklusif sehingga bayi berusia 2 tahun.

Ia mestilah dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh, disamping perlunya ilmu penyusuan yang betul dan jika perlu, ibu memerlukan 'pertolongan' daripada makanan tambahan bagi membantu proses penyusuan mereka berjalan dengan lebih baik. Sungguh, bukan mudah sebenarnya proses penyusuan ni. Ibu menyusu bakal berdepan dengan beberapa cabaran seperti luka di bahagian puting, bengkak susu, lenguh-lenguh badan, gigi rongak akibat kekurangan kalsium, dan lain-lain lagi. Namun, semuanya ini dapat diatasi dengan adanya ilmu yang betul ataupun pengambilan suplement yang sesuai.


Hari ni Liza nak berkongsi tips untuk melegakan atau mengatasi masalah bengkak susu yang selalu berlaku pada golongan ibu menyusu terutamanya selepas bersalin, lebih-lebih lagi ibu bagi anak pertama. Para ibu dinasihatkan supaya berjaga-jaga untuk mengelak  daripada terkena bengkak susu ni, kerana ianya amat menyakitkan (boleh menyebabkan demam, sakit-sakit badan) dan yang paling ditakuti ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius seperti 'Breast Abscess'.

Faktor terjadinya bengkak susu
  1. Susu yang terhasil melebihi keperluan bayi. Biasanya, bayi yang baru lahir, kurang menyusu, jadi ibu perlulah keluarkan susu (pam) untuk mengelakkan bengkak susu.
  2. Bayi menyusu atau 'melekap' dengan teknik yang salah. Bila, bayi tidak melekap dengan betul, susu tidak dapat dikeluarkan habis. Jadi, sisa-sisa susu yang tertinggal inilah yang akan menyebabkan bengkak susu
  3. Pemakaian bra yang salah saiz menyebabkan ia tidak boleh menampung breast dengan baik.
Di atas adalah beberapa faktor yang boleh membawa kepada berlakunya bengkak susu. Cubalah elakkan sedaya yang mungkin, tapi jika ia terjadi juga, boleh cuba tips di bawah ni.

Tips melegakan bengkak susu
  • Tuam breast dengan tuala/air suam. Tuam di kawasan bengkak sehingga bengkak berkurangan
  • Apabila bengkak berkurangan, bolehlah urut perlahan-lahan dari atas hingga ke puting. Ini bagi merangsang susu untuk mengalir dengan baik dan memulihkan semula liang susu yang tersumbat.
  • Apabila susu mula keluar dan rasa sakit semakin kurang, boleh la pam susu/bagi baby minum sehingga breast kosong
  • Ada juga petua orang tua-tua supaya menyikat breast dengan sikat rambut dari atas hingga ke puting untuk melancarkan pengaliran susu untuk keluar. Liza pun pernah buat ni, senang dan efektif jugak. Hehe
  • Pengambilan suplement seperti Shaklee. Lecithin dapat mengelakkan berlakunya aliran susu tersumbat (duct) sekaligus mengurangkan risiko bengkak susu. Pengambilan B-Complex pula bertindak untuk mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.

Tu jelah tips untuk kali ni ye. Nanti Liza bagi tips lain pulak. Apa-apa pun, paling utama untuk mengelakkan bengkak susu adalah sentiasa kosongkan susu sekerap yang mungkin. Teknik susuan yang betul (cara lekapan mulut baby) dan pemakaian bra yang betul juga penting untuk mengelakkan bengkak susu ye. Akhir kata, Liza doakan ibu-ibu semua sentiasa sihat, kuat semangat dan bergembira dalam tempoh penyusuan ni. Sebarang pertanyaan, boleh la hubungi Liza ye.





Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787

No comments:

Post a Comment