Thursday, September 19, 2013

Kelebihan dan kepentingan susu ibu

Salam semua..

Sekarang ni dah ramai ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Bukan suri rumah je, ibu bekerjaya pon tak kurang hebatnya. Kalau tak, tak de la breast pump yang harga ribu-riban tu pun laku macam goreng pisang panas kan? Ni tak lain tak bukan disebabkan ibu-ibu sekarang dah mula faham akan kebaikan susu ibu tu sendiri. Ibu mana yang tak nak bagi yang terbaik untuk anak masing-masing kan? Dalam Islam sendiri pun sangat mengalakkan ibu-ibu menyusu anak masing-masing sehingga umur dua tahun. Liza pun berazam jugak, semoga dimurahkan rezeki untuk fully breastfeed at least untuk 12 bulan yang pertama.


Dalam pada tu pun, ramai jugak ibu-ibu yang terus mengalah dengan alasan, 'tak de susu', 'tak sempat nak buat stok', 'penat', 'tak cukup masa' dan macam-macam lagi yang Liza rasakan sangatlah rugi dan seolah-olah hilang satu nikmat menjadi seorang ibu kalau tak boleh bagi susu badan. Bagi mereka yang masih belum tahu tentang kehebatan susu ibu ni, meh Liza stori mori sket.

KELEBIHAN MENYUSU TERHADAP BAYI 

  1. Susu ibu mengandungi antibiotik semulajadi yang hebat dalam melindungi si manja daripada terkena jangkitan penyakit seperti demam, selesema, batuk, alergi, athma dan beberapa jenis penyakit mudah berjangkit yang lain.
  2. Bayi yang menyusu ibu kurang risiko untuk mendapat masalah penghadaman, sembelit, kembung perut dan sebagainya berbanding bayi yang mengamalkan susu formula.
  3. Susu ibu mengandungi nutrient yang paling lengkap dan optimum untuk proses tumbesaran bayi.
  4. Meningkatkan proses perkembangan otak bayi.
  5. Semestinya semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang memudaratkan. Bahkan, tidak ada bayi yang alah dengan susu ibu.
  6. Penyusuan susu ibu mempunyai peranan penting dalam pembangunan emosi dan rohani bayi. Ia juga dapat mengeratkan lagi ikatan antara ibu dan bayi.

KELEBIHAN MENYUSU TERHADAP IBU

  1. Kos susu bayi dapat dijimatkan kerana susu ibu adalah percuma. Mungkin pada awalnya memerlukan kos untuk pembelian pump, bekas untuk menyimpan stok,  atau suplement, namun dengan kelebihan susu ibu yang diperolehi sememangnya ia amat menjimatkan dan berbaloi.
  2. Penyusuan dapat mengecutkan rahim, serta mengurangkan risiko kanser payudara, rahim dan ovari.
  3. Secara tidak langsung, ibu dapat mengurangkan berat badan, sekurang-kurangnya kembali kepada berat asal sebelum mengandung dan bersalin. Ini kerana proses penyusuan dapat membakar kalori secara effektif.

Ha, banyak kan kelebihan menyusu susu ibu ni. Tak kira lah menyusu secara direct pada bayi ataupun mengguna pump untuk buat stok. Tapi tak semua ibu dianugerahkan dengan proses penyusuan yang lancar. Secara amnya, terdapat dua kategori masalah bagi ibu menyusu ni iaitu:
  • Ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan.
  • Ibu yang tidak ada masalah dengan kuantiti pengeluaran susu, tetapi selalu letih, tak bermaya akibat daripada proses menyusu. 

Bagi anda yang mempunyai masalah di atas, boleh lah hubungi Liza untuk mendapatkan suplement yang sesuai. Semestinya Set Menyusu dari Shaklee ni merupakan hot selling produk dan tak perlu dihebahkan lagi tentang keberkesanannya. Dengan setiap pembelian, anda layak untuk mendapat tips penyusuan, konsultasi percuma secara berterusan dan free gift (sementara stok masih ada) eksklusif dari Liza.








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

No comments:

Post a Comment