Sunday, August 25, 2013

Suplement untuk Kesuburan

Salam Semua..

Memandangkan Liza sekarang dan join club bakal-bakal mak budak, rasa terpanggil pulak untuk post pasal Set Kesuburan ni. Padahal dah lama dah Set kesuburan Shaklee ni wujud, tapi bila dah ada perasaan mak-mak ni, baru la nak ambil tahu. Bukan apa, dalam Liza tengah-tengah seronok, teruja nak sambut orang baru, Liza perasan ada kawan-kawan Liza yang kahwin lebih kurang Liza ataupun lebih awal dari tu, masih belum ada rezeki. Yang ni bukan dari kategori belum nak anak ye, ni memang nak tapi belum dapat. Ada juga Liza dengar orang cakap, kalau selepas setahun berkahwin, masih belum ada tanda-tanda kehamilan, lebih baik pergi check, kot-kot ada masalah kesuburan ataupun masalah kesihatan yang lain.


FAKTOR-FAKTOR MASALAH KESUBURAN
  1. Gangguan ovulasi - Wanita yang mempunyai masalah ini biasanya berpunca daripada ketidak stabilan hormon dalam badan yang akhirnya menggangu proses ovulasi. Wanita yang mempunyai hormon prolaktin yang tinggi, akan menganggu penghasilan telur.
  2. Masalah tiub Fallopio - Kerosakkan pada tiub Fallopio boleh menghalang persenyawaan telur dan sperma. Antara sebab-sebab kerosakkan tiub Fallopio adalah keradangan tiub Fallopio, tiub Fallopio tersumbat, pernah mengalami kehamilan luar rahim, serta pernah melakukan pembedahan di sekitar tiub fallopio/rahim.
  3. Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin yang berpunca dari hubungan seksual
  4. Lelaki yang mempunyai masalah testis yang tidak dapat menghasilkan sperma (azoopsermia), masalah salur sperma tersumbat, mati pucuk atau lemah tenaga batin
  5. Ketumbuhan tidak normal - Kehadiran pertumbuhan sel-sel tidak normal di sekitar rahim. Sebagai contoh:
      • Tisu dari selaput rahim yang tumbuh membesar di luar rahim (Endometriosis)
      • Masalah Tiriod
      • Masalah Fibroid
Selain daripada faktor di atas, cara pemakanan, kekurangan zat dalam badan, amalan merokok dan pengambilan minuman beralkohol, usia yang meningkat, pencemaran, pengambilan ubat-ubatan, badan yang terlalu gemuk atau terlalu kurus, badan yang letih akibat penat bekerja, serta tekanan daripada persekitaran juga boleh menjadi faktor masalah kesuburan. Masyarakat di sekeliling pulak jangan la asyik duk tanya je, paham-paham sendiri dah la. Mau tak stress si polan ni aysik dapat soalan sama?


SET KESUBURAN SHAKLEE (WANITA)

GLA Complex diperlukan oleh wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur atau sengugut yang teruk ketika haid. Ia membantu menstabilkan hormon, membakar lemak serta bonusnya ia dapat mencantikkan kulit. GLA juga akan menyediakan keadaan yang memudahkan perjumpaan antara ovum dan sperma. Energizing Soy Protein (ESP) membantu membentuk tisu rahim, serta sel ovum yang sihat dan sempurna sekali gus meningkatkan tahap kesuburan dan peluang kehamilan seseorang. Bagi wanita yang mempunyai badan yang besar, ESP dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama, secara tak langsung dapat menurunkan berat badan dan meningkatkan peluang untuk hamil. B-Complex mengandungi B6 dan asid Folik yang diperlukan untuk kesuburan wanita. Ia juga berperanan menukarkan makanan kepada tenaga dalam tempoh yang cepat. Isteri yang penat setelah sibuk bekerja seharian sudah tentu memerlukan tenaga yang mencukupi untuk bersama dengan suami.


SET KESUBURAN SHAKLEE (LELAKI)

Zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses penghasilan hormon testosteron dan membekalkan tenaga kepada sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Ia juga berperanan dalam proses pembentukkan genetik iaitu pada DNA. Vitamin E pula berfungsi untuk menyuburkan sel-sel dan organ reproduksi lelaki serta melancarkan saluran darah. Kehadiran vitamin E yang bekerja sebagai agen anti-oksida akan menghalang radikal bebas daripada merosakkan sperma dan ovum. Selenium yang didapati dalam vitamin E Shaklee ini pula dapat membantu pergerakkan sperma agar lebih kuat dan akhirnya berjaya bersenyawa dengan ovum.


Perlu diingatkan juga, masalah kesuburan boleh menjadi punca penceraian ataupun boleh menjadi alasan untuk si suami membuka cawangan baru.(Haih, macam confirm je masalah tu dari si isteri. Emo mak tau!)

Jadi, bagi pasangan-pasangan yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, apa kata cuba Set Kesuburan Shaklee ni sebagai salah satu usaha disamping bermohon pada yang Esa. Tak cukup bajet? Tak per, set lengkap kat atas ni sebagai cadangan je, ada pasangan yang hanya ambil GLA Complex dan Zinc je pun, dah dapat feedback yang positif. Semuanya terpulang kepada anda untuk mencuba. Kalau anda ada kenalan atau saudara mara yang mempunyai masalah yang sama, boleh la tolong sampaikan kat dorang juga ya. Harga dan konsultasi yang awesome adalah jaminan dari Liza.








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

No comments:

Post a Comment