Sunday, August 18, 2013

Kepentingan suplement untuk ibu hamil

Salam Semua..

Setiap pasangan yang berumah tangga mesti ada impian untuk mendapatkan cahaya mata kan? Bagi mereka yang duk tunggu dulu atau bertangguh-tangguh untuk ada anak, rugi tau! Bak kata orang, kehadiran cahaya mata ni adalah penyeri dan pengikat hubungan suami isteri tu sendiri. Jangan bimbang tentang rezeki, sebab Allah dah janji yang setiap kelahiran anak tu, pasti datang dengan rezeki dia sendiri. Tapi tak semua orang bernasib baik, ada juga pasangan yang Allah uji ditangguhkan dulu kehadiran cahaya mata mereka. Liza pun ada beberapa orang kawan yang dah bertahun kahwin dan masih lagi dalam proses berusaha. Shaklee juga ada menyediakan Set Kesuburan sebagai salah satu ikhtiar untuk mereka yang ingin mendapatkan zuriat. Tak salah kan kalau kita mencuba, sebelum bermohon dan berserah pada yang Maha Kuasa.


Ok, bagi ibu-ibu atau bakal ibu yang sedang menikmati fasa indah kehamilan sekarang ni, Liza nak kongsikan serba sedikit tentang kepentingan pengambilan suplement ataupun makanan tambahan sepanjang tempoh kehamilan. Jom cekidout.

KENAPA IBU HAMIL PERLUKAN SUPLEMENT?
  1. Kehadiran suplement atau vitamin-vitamin ini adalah untuk menampung ketidakstabilan pemakanan kita. Walaupun kita dah mencuba untuk mengambil makanan-makanan yang berzat setiap hari, namun mesti ada jugak unsur-unsur persekitaran yang menyebabkan tak semua nutrisi dapat diserap oleh tubuh badan kita. Sebagai contoh, pencemaran alam, penggunaan bahan pengawet/perasa dalam masakan, pengambilan makanan segera/proses, penggunaan baja kimia pada buah-buahan dan sayur-sayuran, tekanan dan sebagainya.
  2. Zat-zat dari badan ibu hamil juga terpaksa dikongsi dengan anak di dalam kandungan. Jadi, memang tidak boleh tidak, badan ibu mesti mempunyai sumber zat yang mencukupi untuk menampung keperluan ini.
  3. Suplement juga diperlukan untuk membekalkan tenaga yang mencukupi buat si ibu dalam meneruskan aktiviti seharian. Memang menjadi lumrah, badan ibu hamil akan menjadi letih, lesu, tidak bermaya dan cepat 'mengah' berkadar langsung dengan usia kandungan. Namun, dengan pengambilan suplement yang sesuai, ia dapat membantu membekalkan tenaga tambahan untuk ibu hamil ni.
  4. Kajian menunjukkan bahawa kesan daripada kekurangan zat dan vitamin oleh ibu hamil boleh meningkatkan risiko bayi lahir kurang matang, kurang berat, bayi lahir cacat, masalah pernafasan ketika lahir serta masalah tumbesaran.
  5. Kesan kekurangn nutrisi untuk ibu hamil pula, akan meningkatkan risiko alahan, pedih hulu hati, sembelit, kurang bertenaga, kekejangan otot, anemia, susah untuk bersalin dan seterusnya membawa kepada kelahiran melalui 'Cesarean'
 SET IBU HAMIL SHAKLEE


Ostematrix
  • Ostematrix mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Magnesium membantu menggabungkan kalsium dengan tulang dan menguatkan tulang manakala Vitamin D merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting dalam pembentukkan sel, tulang dan gigi bayi. Ia juga penting dalam fungsi urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah. Ibu hamil mesti mempunyai kadar kalsium yang tinggi kerana bayi akan menyerap kalsium dari si ibu. Jika, kalsium si ibu tidak mencukupi, ia boleh membawa kepada kerapuhan tulang dan masalah gigi. Jangan terkejut ye kalau jumpa ibu anak sorang pun dah ronggak!
Energizing Soy Protein
  • ESP sangat penting dalam membantu pembinaan sel-sel tisu, hormon dan enzim dalam tubuh.Ia juga penting dalam pembentukkan rambut, kulit, dan kuku. Selain membekalkan tenaga kepada ibu hamil, ESP juga dapat memaksimumkan pertumbuhan fetus, memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
Omega Guard
  • Mengandungi DHA yang sangat penting dalam pembentukkan otak bayi dari peringkat awal. Selain membantu dalam pembentukkan otak bayi, DHA dan EPA yang terdapat dalam Omega Guard juga membantu dalam pembentukkan mata bayi. Ia juga berfungsi membantu mengawal tahap kolestrol ibu hamil.
Vitamin B Complex
  • Vitamin B Shaklee sangat unik kerana selain mengandungi asid folik, ia juga lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B. Asid folik sangat penting dalam pembinaan tulang, saraf, serta mengelakkan kecacatan pada janin.
Vitamin C (Chewable)
  • Melindungi dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan, dan sangat penting untuk pembentukkan gusi dan gigi yang sihat. Selain meningkatkan sistem imunisasi badan, ia juga berfungsi untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi(penting dalam pembentukkan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah) oleh tubuh.
Vitalea
  • Merupakan multivitamin(vitamin lengkap) yang sangat penting untuk ibu hamil. Ia kaya dengan zat besi(iron) yang boleh membantu ibu hamil yang mudah pening, pitam atau yang mengalami anemia.


Tahukah anda kebanyakkan ubat yang dibekalkan di klinik-klinik atau hospital diluar sana adalah jenis sintetik, termasuklah Obimin yang biasanya diberikan kepada semua ibu hamil. Secara jujurnya, Liza tak ambil pun Obimin yang klinik kesihatan bagi. Bukan berlagak atau nak memburuk-burukkan ubat yang disediakan oleh kerajaan tu, tapi Liza lebih yakin pada suplement semulajadi dan dah pun terbukti selamat ni.

Kalau ada yang cakap, 'mak aii..banyaknya suplement kena ambik' atau 'alah, suplement ni mahal la', meh contact Liza dulu. Liza akan bagitau suplement apa yang perlu anda ambil sesuai dengan keperluan dan kemampuan masing-masing. Liza pun, tak de la telan semua ni, cuma ambil ape yang perlu je la. Lagi satu, takkan la untuk diri sendiri pun nak berkira. Kesihatan badan sendiri, darah daging sendiri, tak kan tak sayang kot? So, bagi puan-puan yang prihatin terhadap diri sendiri dan anak yang bakal lahir, bolehlah hubungi Liza segera. InsyaAllah konsultasi dan harga terbaik hanya untuk anda.








Pertanyaan atau tempahan:
Email : sakura_biru87@yahoo.com
Call/ SmS/ WhatsApp : 019-364 4787
Cod (tertakluk pada kawasan)boleh, pos pon boleh  ;)
** Free Postage









** untuk pembelian RM100 dan ke atas

No comments:

Post a Comment